Mengadu sakit kepala, rupa-rupanya chopstik tersangkut dalam kepala

Sepasang chopstik patah ditemui dalam kepala seorang lelaki di Vietnam. - Agensi
Sepasang chopstik patah ditemui dalam kepala seorang lelaki di Vietnam. - Agensi
A
A
A

HANOI - Teka-teki seorang lelaki Vietnam yang mengalami sakit kepala teruk dan kehilangan penglihatan sejak lima bulan lalu akhirnya terjawab apabila doktor menemui sepasang penyepit atau chopstik dalam tengkorak kepalanya, lapor Oddity Central.

Baru-baru ini, identiti lelaki yang tidak didedahkan nama itu dimasukkan ke Cuba Friendship Hospital di bandar Dong Hoi, wilayah Quang Binch, selepas mengadu sakit kepala, hilang penglihatan dan cecair keluar daripada hidungnya.

Ketika ditanya, lelaki itu tidak tahu puncanya, namun selepas imbasan tomografi berkomputer (CT) mendapat terdapat dua objek asing yang menonjol dari hidung ke dalam otaknya.

Semasa pemeriksaan rapi dilakukan, objek tersebut adalah sepasang chopstik.

Lelaki itu yang ditanya bagaimana penyepit itu masuk ke dalam tengkoraknya, dia menyatakan pernah mengalami kejadian sejak lima bulan lalu.

Katanya semasa keluar minum, dia terbabit dalam pergaduhan hingga menyebabkan dimasukkan ke hospital.

Doktor mengesyaki lelaki lain memasukkan penyepit ke dalam tengkoraknya semasa pergaduhan berlaku, namun lelaki itu tidak mengingatinya.

Selepas mempertimbangkan semua pilihan, pasukan perubatan melakukan pembedahan endoskopik melalui hidung dan mengeluarkan sepasang penyepit yang patah itu.

Artikel Berkaitan:

Menurut doktor, Nguyen Van Man, Ketua Jabatan Neurosurgeri di hospital tersebut, lelaki berusia 35 tahun itu didapati stabil dan dibenarkan keluar ke hospital selepas keadaanya didapati pulih sepenuhnya. - Agensi