Kertas siasatan Makcik Kemboja dirujuk kepada timbalan pendakwa raya

Tangkap layar video 'makcik Kemboja' yang mengundang kemarahan netizen baru-baru ini.
Tangkap layar video 'makcik Kemboja' yang mengundang kemarahan netizen baru-baru ini.
A
A
A

MELAKA - Polis Melaka telah melengkapkan siasatan berkenaan kes wanita warga Kemboja yang mendakwa Melayu malas.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, pihaknya akan menyerahkan kertas siasatan kepada timbalan pendakwa raya pada Isnin untuk tindakan selanjutnya.

Menurutnya, sehingga kini polis telah menerima sejumlah 25 laporan yang dibuat pelbagai pihak.

Jabatan Siasatan Jenayah Melaka telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan, dan kes itu turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Isnin.

Jelas beliau, polis juga telah merampas telefon bimbit yang digunakan untuk merakam video berkenaan dan telah dihantar kepada pihak forensik untuk tindakan lanjut.

"Polis telah merakam keterangan wanita terbabit dan pihak yang membantu dalam rakaman video tersebut.

"Turut dirakam keterangan seramai 14 orang saksi yang boleh membantu siasatan dijalankan," katanya lagi.

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai rakaman video memaparkan wanita yang menjalankan perniagaan jahitan pukal itu sedang mengadakan penstriman langsung di sebuah gedung pakaian muslimah.

Artikel Berkaitan:

Menerusi rakaman itu dia mendakwa orang Kemboja lebih pandai dan rajin berniaga berbanding Melayu yang malas.