JPS bina ban mini elak limpahan air Sungai Selangor

Nurul menziarahi seorang warga emas dipindahkan di PPS Balai Raya Kampung Rantau Panjang di sini pada Ahad.
Nurul menziarahi seorang warga emas dipindahkan di PPS Balai Raya Kampung Rantau Panjang di sini pada Ahad.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan mengambil tindakan segera bagi menangani kejadian banjir di Kampung Rantau Panjang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Nurul Syazwani Noh berkata, antara tindakan awal termasuklah membina ban mini di tempat limpahan air.

"Saya difahamkan, selain pembinaan ban mini, JPS juga melaksanakan kerja-kerja peninggian ban juga dipercepatkan daripada tarikh siap bagi mengelakkan banjir berulang," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Nurul Syazwani memberitahu, proses pemindahan mangsa banjir membabitkan 16 keluarga di kampung itu berjalan lancar.

Nurul menyampaikan sumbangan kepada salah seorang mangsa banjir di PPS pada Ahad.
Nurul menyampaikan sumbangan kepada salah seorang mangsa banjir di PPS pada Ahad.

Beliau memberitahu, keadaan banjir di kampung itu juga semakin reda dan penduduk telah dibenarkan pulang pada tengah hari Isnin.

"Saya juga telah berjumpa dengan penduduk dan menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban ditanggung keluarga berkenaan," jelas beliau.

Sinar Harian pada Jumaat melaporkan, penduduk di Kampung Rantau Panjang di sini terkejut hujan berterusan lebih tujuh jam menyebabkan rumah mereka dinaiki air dengan cepat pada Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Rumah penduduk berdekatan tebing Sungai Selangor di Kampung Rantau Panjang di sini dinaiki air pada pagi Jumaat.
Rumah penduduk berdekatan tebing Sungai Selangor di Kampung Rantau Panjang di sini dinaiki air pada pagi Jumaat.

Keadaan itu menyebabkan rumah penduduk yang tinggal di tebing Sungai Selangor di kampung itu ditenggelami air sedalam 0.3 hingga 0.5 meter.

Seramai 46 mangsa daripada 16 keluarga di Kampung Rantau Panjang terjejas dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Balai Raya Kampung Rantau Panjang.