'Saya komited misi bawa Tze Yong ke Paris 2024'

Hendrawan - Foto Agensi
Hendrawan - Foto Agensi
A
A
A

JURULATIH perseorangan badminton lelaki negara, Hendrawan komited meneruskan kerjasama dengan Ng Tze Yong untuk Sukan Olimpik Paris 2024 tahun depan.

Hendrawan yang mengendalikan Tze Yong sejak dua tahun lalu berkata, dia akan membimbing dan menyediakan pemain kelahiran Johor tersebut untuk temasya di Paris tersebut.

“Saya mempunyai misi yang jelas dengan Tze Yong. Saya tetap komited dengan tanggungjawab membimbing Tze Yong untuk Sukan Olimpik di Paris,” kata Hendrawan pada Isnin.

Perkembangan itu terbaharu mengakhiri desas-desus bahawa jurulatih dari Indonesia tersebut akan meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Hendrawan, 51, yang memainkan peranan penting dalam memacu Datuk Wira Lee Chong Wei meraih pingat perak pada Sukan Olimpik 2016, memberi tumpuan kepada tugas seterusnya mengembalikan tahap kecergasan pemain berusia 23 tahun tersebut.

"Sejujurnya proses kelayakan yang berterusan serta amat kompetitif, Tze Yong tidak memerlukan sebarang gangguan pada peringkat ini.

"Kami akan bersama bagi mencapai matlamat kami,” jelas Hendrawan.

Artikel Berkaitan: