Kebahagiaan boleh didapati D’SINI

Podium kemudahan hijau seluas 0.4 hektar mempunyai banyak kawasan permainan kanak-kanak dan kemudahan yang diinspirasikan oleh gaya hidup Skandinavia.
Podium kemudahan hijau seluas 0.4 hektar mempunyai banyak kawasan permainan kanak-kanak dan kemudahan yang diinspirasikan oleh gaya hidup Skandinavia.
A
A
A



Pandemik Covid-19 telah membawa kepada penilaian semula gaya hidup secara kolektif bagi ramai di Malaysia. Ia menunjukkan dengan jelas bahawa untuk menghayati kebahagiaan dalam hidup, perkara paling penting adalah mencari kepuasan dalam keseronokan hidup yang mudah, kekal berhubung dengan alam semula jadi dan memupuk rasa komuniti.

Oleh kerana pelbagai perintah kawalan pergerakan menekankan perihal kepentingan rumah, jadi aspek mengejar kebahagiaan telah diutamakan.Dengan ini, Residensi D'SINI telah dilancarkan di kawasan perbandaran yang telah memenangi anugerah, Bandar Setia Alam, Shah Alam untuk membawa intipati kebahagiaan berkekalan di setiap sudut yang diilhamkan oleh garapan reka bentuk Skandinavia yang menenangkan.

Pembangunan pegangan bebas seluas 1.45 hektar itu merangkumi dua blok dengan jumlah 500 unit diterajui oleh Spectrum 88 Sdn Bhd - anak syarikat milik penuh Golden Land Berhad.

Inspirasi Skandinavia

Menurut Laporan Kebahagiaan Dunia 2023, negara Skandinavia seperti Finland, Denmark dan Iceland berada di kedudukan tiga negara paling gembira di dunia, manakala Sweden dan Norway masing-masing berada di tempat keenam dan ketujuh yang mempamerkan tahap kebahagiaan yang tinggi di rantau ini.

Inilah sebabnya kenapa konsep Residensi D'SINI menarik inspirasi daripada etos Skandinavia "hygge" (disebut hyooga), yang merujuk kepada "kualiti keselesaan dan ketenangan yang menimbulkan perasaan puas hati atau kesejahteraan".

Mengambil petunjuk dari negara-negara paling bahagia di dunia, Residensi D'SINI merangkum resipi kebahagiaan ini dengan gabungan alam semula jadi, teknologi, keselesaan, kerja dan rekreasi yang koheren untuk gaya hidup yang menyeluruh.

Terletak di Setia Alam, Shah Alam, Residensi D'SINI dijadualkan siap pada awal 2026.
Terletak di Setia Alam, Shah Alam, Residensi D'SINI dijadualkan siap pada awal 2026.

Kemudahan Hygge

Dilahirkan daripada inspirasi baharu ini, Residensi D'SINI membawa gaya hidup yang seimbang bagi pemilik rumah untuk menikmati kebahagiaan hidup dengan mudah, seiring dengan alam semula jadi dan teknologi, memupuk rasa ketenangan yang mendalam, terlibat dalam ikatan komunal dan menikmati kemudahan yang tiada tandingan.

Pembangunan ini mempunyai podium seluas 0.4 hektar yang menampilkan kemudahan hijau, dengan tempat permainan kanak-kanak dan kemudahan yang diilhamkan oleh alam semula jadi daripada inspirasi gaya hidup hygge. Dek kolam infiniti menawarkan oasis yang tenang dengan pemandangan indah untuk penghuni beristirehat.

Pada masa yang sama, Sunken Lounge yang diilhamkan oleh Skandinavia dan dek barbeku menyediakan ruang yang indah untuk perhimpunan sosial dan bersantai. Inspirasi Skandinavia tidak berakhir di sana, podium mempunyai tiga sungai tersendiri, menawarkan pelbagai pengalaman masing-masing dengan daya tarikan yang unik.

Suasana tenang Anak Sungai Serene adalah tempat yang sempurna untuk mencelupkan kaki anda sementara kanak-kanak boleh bermain dalam Anak Sungai Play. Anak Sungai Eco dengan “alunan” anggun dan irama lembut tumbuh-tumbuhan air membolehkan penghuni memupuk hubungan yang lebih mendalam dengan alam semula jadi.

Anak-anak kecil juga boleh bermain-main di kawasan taman permainan air dan taman permainan kanak-kanak yang disediakan. Tetapi ia bukan sekadar hiburan dan keseronokan semata-mata kerana terdapat banyak tempat untuk penghuni berehat dan bersantai, seperti Taman Hammock (Buaian) dan Taman Zen.

Penduduk juga mempunyai akses kepada pelbagai kelengkapan dan kemudahan kecergasan termasuk kawasan Fitness Path dan gimnasium yang menghadap anak sungai yang tenang. Terdapat ruang kerja komuniti yang juga berfungsi sebagai perpustakaan, di mana penghuni boleh mendapatkan sedikit perubahan persekitaran apabila mereka bekerja dari rumah.

Artikel Berkaitan:

Unit Residensi D’SINI dilengkapi dengan ciri-ciri teknologi pintar yang dipadankan dengan reka bentuk rumah minimalis.
Unit Residensi D’SINI dilengkapi dengan ciri-ciri teknologi pintar yang dipadankan dengan reka bentuk rumah minimalis.

Unit pintar dan selesa

Residensi D'SINI mempunyai empat jenis unit berkeluasan dari 560 kaki persegi hingga 1,227 kaki persegi di mana harga bermula dari RM350,000. Jenis A (560 kaki persegi): mempunyai dua bilik tidur dan satu bilik air. Jenis B (926 kaki persegi) dan jenis C (990 kaki persegi): kedua-duanya mempunyai tiga bilik tidur dan dua bilik air. Jenis D (1,227 kaki persegi): mempunyai empat bilik tidur dan tiga bilik air.

Kedua-dua Blok A (35 tingkat) dan Blok B (33 tingkat) hanya mempunyai sembilan unit setiap tingkat dan dilengkapi dengan empat lif khusus. Unit ini merangkumi fungsi yang mempraktikkan ciri teknologi pintar yang digabungkan dengan reka bentuk rumah minimalis.

Ini termasuk “smart home solutions” seperti cermin pintar dan kunci pintu digital, yang memberikan kemudahan dan kawalan kepada penghuni. Penduduk tidak perlu lagi bimbang mengenai kekurangan tempat letak kenderaan kerana setiap unit disediakan dua hingga empat tempat letak kereta.

Bab baharu

Golden Land Berhad mengorak langkah pertama dalam industri perkayuan pada tahun 1992 sebelum menceburi sektor perladangan kelapa sawit. Dengan perjalanan kejayaan dan pertumbuhan selama 37 tahun, syarikat terus berkembang ke sempadan baru yang dipacu oleh nilai-nilai G. R. E. A. T. G – Growth Continuity, R – Real Commitment, E – Efficient and Effective, A – Act with Integrity, T – Team Work.

Melangkah ke dalam industri hartanah merupakan peluang untuk membawa dedikasi yang sama kepada penjagaan dan pemeliharaan segmen masyarakat yang lebih besar.

Pengurus Besar Kanan Pemasaran dan Jualan Golden Land Berhad, Joan Kor, berkata, pihaknya ingin bertapak di Lembah Klang sebagai pemaju hartanah yang mentakrifkan semula gaya hidup melalui Residensi D'SINI.

"Salah satu pencapaian projek ini ialah kadar jualan 90 peratus untuk blok pertama, yang dicapai dalam tempoh hanya dua bulan selepas diperkenalkan pada Februari tahun ini.

"Pencapaian ini menunjukkan komitmen Golden Land Berhad untuk menyediakan penyelesaian hidup yang inovatif dan moden kepada pelanggannya. Residensi D'SINI dijadualkan siap pada awal 2026,"katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Golden Land Berhad, Stewart Yap dan Pengurus Besar Kanan, Joan Kor, berkata,
Ketua Pegawai Eksekutif Golden Land Berhad, Stewart Yap dan Pengurus Besar Kanan, Joan Kor, berkata, "Kami ingin bertapak di Lembah Klang sebagai pemaju hartanah yang mentakrifkan semula gaya hidup melalui Residensi D'SINI"

Untuk maklumat lanjut, lawati Galeri Jualan Residensi D'SINI di Setia Alam, hubungi talian 016-823 9980 atau layari laman sesawang www.d-sini.com.

Pakej Istimewa Bumiputera akan diberikan kepada pembeli Bumiputera.