Remaja direman disyaki liwat adik sepupu

Seorang remaja lelaki direman selama lima hari bermula Isnin selepas disyaki meliwat adik sepupunya yang berusia enam tahun.(Gambar hiasan) - Foto 123RF
Seorang remaja lelaki direman selama lima hari bermula Isnin selepas disyaki meliwat adik sepupunya yang berusia enam tahun.(Gambar hiasan) - Foto 123RF
A
A
A

KEMAMAN - Seorang remaja lelaki direman selama lima hari bermula Isnin selepas disyaki meliwat adik sepupunya yang berusia enam tahun.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, polis menahan remaja berusia 13 tahun itu selepas menerima laporan daripada ibu mangsa berkenaan perbuatan terkutuk itu.

"Ibu mangsa membuat laporan berhubung kejadian tersebut di Balai Polis Chukai pada petang Ahad.

"Berdasarkan laporan, anaknya diliwat oleh suspek yang tinggal bersama mereka.

"Suspek yang merupakan anak tunggal telah tinggal bersama mereka sejak tiga bulan lepas akibat ibu dan bapa remaja berkenaan bercerai," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Menurut Hanyan, anak mangsa dibawa ke Hospital Kemaman untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Artikel Berkaitan: