Lelaki direman buat aksi tak senonoh dalam surau

Suspek (dua dari kanan) diiringi polis ke mahkamah selepas disyaki melakukan perbuatan tidak senonoh dalam surau.
Suspek (dua dari kanan) diiringi polis ke mahkamah selepas disyaki melakukan perbuatan tidak senonoh dalam surau.
A
A
A

KEMAMAN - Seorang lelaki direman selama empat hari bermula Isnin selepas disyaki melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap seorang doktor wanita di surau di sebuah hospital di daerah tersebut.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, polis menahan lelaki yang merupakan pekerja kontraktor pembersihan hospital berusia 20 tahun itu selepas menerima laporan daripada mangsa mengenai perbuatan terkutuk berkenaan.

Menurutnya, mangsa telah membuat laporan di Balai Polis Chukai pada Ahad berhubung kejadian tersebut.

"Berdasarkan laporan, kejadian itu berlaku kira-kira jam 12 tengah hari pada 23 November lepas. Semasa kejadian, mangsa sedang berehat di surau perempuan di hospital tersebut.

"Tiba-tiba seorang lelaki memasuki surau dan melakukan perbuatan tidak senonoh di hadapan mangsa dengan membuka zip seluar dan menunjukkan kemaluan.

"Mangsa yang berasa takut segera menghubungi suaminya dan segera dibawa keluar dari lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Menurut Hanyan, mangsa mengalami trauma dan depresi akibat kejadian tersebut.

Artikel Berkaitan: