Banjir: Jumlah mangsa banjir menurun di tiga negeri

Antara sekolah yang dinaiki air dalam bencana banjir gelombang pertama melanda Terengganu pada 20 November lalu.
Antara sekolah yang dinaiki air dalam bencana banjir gelombang pertama melanda Terengganu pada 20 November lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di Terengganu, Kelantan dan Selangor beransur pulih apabila jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) mencatatkan penurunan pada malam ini.

Di Terengganu, situasi banjir hampir pulih sepenuhnya apabila hanya 55 mangsa daripada 13 keluarga yang masih berada di PPS membabitkan tiga daerah setakat jam 8 malam ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT) memaklumkan di Kuala Terengganu, sebanyak 40 mangsa daripada sembilan keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Atas Tol.

Sementara itu, enam mangsa daripada dua keluarga masih berada di PPS SK Tok Kah di Dungun, manakala sembilan orang daripada dua keluarga masih berlindung di dua PPS yang masih beroperasi di daerah Setiu.