Seri dengan Liverpool bukan keputusan negatif - Guardiola

Guardiola - Foto EPA
Guardiola - Foto EPA
A
A
A

PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola gembira dengan prestasi pasukannya walaupun diikat 1-1 dengan Liverpool dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Etihad pada Sabtu.

Juara bertahan EPL itu menampilkan persembahan yang lebih baik tetapi terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas jaringan lewat Trent Alexander-Arnold membatalkan gol pembukaan Erling Haaland.

Keputusan itu bermakna City kini menduduki tempat kedua dalam carta EPL selepas Arsenal memintas mereka susulan kemenangan ke atas Brentford.

“Pemain agak kecewa di bilik persalinan, tetapi ia adalah permainan yang sangat hebat. Statistik atau siapa yang lebih berhak menang, ia tidak dikira.

"Saya sangat gembira dengan persembahan kami kerana Liverpool adalah pasukan yang luar biasa,” katanya.

Guardiola juga tidak percaya keputusan seri itu adalah keputusan negatif memandangkan masih ada 25 perlawanan lagi dalam saingan EPL.

"Kami sangat bagus dalam setiap bahagian dan kami tidak akan menang atau kalah dalam Liga Perdana hari ini, kami hanya perlu menjadi diri sendiri.

"Kini kami perlu meneruskan dan melayakkan diri menentang Leipzig. Kemudian Spurs hujung minggu depan dan Villa selepas itu,” katanya.

Artikel Berkaitan:

City City akan menentang RB Leipzig di Etihad pada Rabu dalam aksi Liga Juara-Juara dengan keputusan seri sudah memadai untuk juara Eropah itu layak sebagai juara Kumpulan G.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!