Liverpool lepasi ujian City

Mohamed Salah (kiri) berebut bola dengan pemain City dalam aksi EPL pada Sabtu.
Mohamed Salah (kiri) berebut bola dengan pemain City dalam aksi EPL pada Sabtu.
A
A
A

JURGEN Klopp berkata, penampilan baharu pasukannya masih jauh daripada persembahan sempurna tetapi telah melepasi ujian penting apabila bangkit dari ketinggalan untuk seri 1-1 dengan Manchester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Sabtu.

Anak buah Klopp kekal satu mata di belakang juara bertahan itu selepas menamatkan rekod 23 kemenangan berturut-turut City di laman sendiri dalam semua pertandingan.

Liverpool hanya tewas sekali dalam liga sejak lawatan terakhir mereka ke Etihad pada April yang berakhir dengan kekalahan 4-1.

Gol ke-50 EPL, Erling Haaland dalam hanya 48 penampilan membuka jaringan untuk City pada minit ke-28.

Anak buah Pep Guardiola kemudiannya mempunyai peluang untuk menambah pendahuluan mereka, tetapi Liverpool berjaya meledak gol penyamaan 10 minit sebelum tamat menerusi Trent Alexander-Arnold.

“Saya rasa kami melepasi ujian hari ini (untuk peluang mencabar kejuaraan EPL musim ini).

"Tahun lepas, dengan pasukan yang telah bermain bersama lebih banyak daripada pasukan ini, kami gagal mempamerkan persembahan yang baik dan tidak mempunyai peluang seperti hari ini.

“Saya melihat perlawanan itu dan jika anda bertanya kepada saya siapa yang lebih berkemungkinan memenangi perlawanan itu? Jelas sekali ia adalah City, tetapi kami mempunyai banyak peluang,” kata Klopp.

Artikel Berkaitan: