Pochettino berang gara-gara pemain Chelsea 'lembut'

Pemain Newcastle, Bruno Guimaraes (kiri) mengasak pemain Chelsea, Raheem Sterling ketika aksi EPL. - FOTO EPA
Pemain Newcastle, Bruno Guimaraes (kiri) mengasak pemain Chelsea, Raheem Sterling ketika aksi EPL. - FOTO EPA
A
A
A

PENGENDALI Chelsea, Mauricio Pochettino melabelkan pasukannya 'lembut' selepas kekalahan 4-1 kepada Newcastle United pada Sabtu.

The Blues tampil meyakinkan ketika meraih kemenangan 4-1 ke atas Tottenham Hotspur selain keputusan seri 4-4 ketika menentang juara bertahan, Manchester City sebelum rehat antarabangsa.

Tetapi, pasukan kendalian Pochettino itu serba tidak menjadi tumbang pada separuh masa kedua di St. James Park ketika Newcastle berdepan krisis kecederaan yang menyebabkan Eddie Howe hanya mempunyai 13 pemain utama.

“Kami datang ke sini untuk menunjukkan bahawa ia akan menjadi sukar bagi mereka untuk bermain, memenangi perlawanan dan untuk menewaskan kami.

“Tetapi ia sangat mudah terutama cara kami bolos dan cara kami begitu lembut dalam setiap cabaran. Kami tidak menunjukkan bahawa kami bermain untuk sesuatu yang penting.

“Itulah yang membuatkan saya marah dan kecewa. Kami bercakap tentang pasukan muda dan kami perlu belajar, tetapi saya fikir permainan jenis ini membuatkan saya sangat marah kerana ia tentang menunjukkan personaliti dan watak anda," kata Pochettino.

Kekalahan menyebabkan Chelsea terperosok di tangga ke-10 liga walaupun berbelanja lebih £1 bilion (RM5.9 bilion) untuk mendapatkan pemain baharu kurang dalam tempoh dua tahun di bawah konsortium Todd Boehly.

Raheem Sterling membatalkan gol pendahuluan Newcastle menerusi Alexander Isak pada separuh masa pertama.

Artikel Berkaitan:

Tetapi Chelsea tumbang selepas rehat apabila dua gol dalam masa dua minit dari Jamaal Lascelles dan Joelinton meletakkan Newcastle di hadapan.

Kapten Chelsea, Reece James kemudiannya dibuang padang selepas mendapat kad kuning kedua sebelum Antony Gordon memastikan kemenangan bergaya tuan rumah menerusi gol kemenangan pada penghujung perlawanan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!