Kemenangan pengajaran buat MUFT

Antara aksi menarik MUFT menentang MSA saingan Kumpulan B Piala Pra U 2023 di Akademi Bolasepak Mokhtar Dahari, Gambang, Kuantan pada Sabtu. - Foto Sukan IPT
Antara aksi menarik MUFT menentang MSA saingan Kumpulan B Piala Pra U 2023 di Akademi Bolasepak Mokhtar Dahari, Gambang, Kuantan pada Sabtu. - Foto Sukan IPT
A
A
A

TIGA mata diraih Malaysia University Football Team (MUFT) ketika bangkit untuk menang 3-2 ke atas Mutiara Soccer Allstars (MSA) dalam aksi Kumpulan B Piala Pra U 2023 pada Sabtu, disifatkan sebagai wake up call kepada naib juara berturut-turut dua edisi itu.

Malah, penolong pengendali Malaysia University Football Team (MUFT), Ashadi Mohd Yusoff menegaskan ketinggalan sebanyak dua kali itu juga merupakan panggilan untuk keluar dari dunia berbulan madu.

"Alhamdulillah, syukur tiga mata penting biarpun dua gol pasukan MSA berpunca kesilapan sendiri pemain MUFT yang menyaksikan kita kemudian bergelut untuk settel down kembali semula dalam permainan

"Ya, tiga mata untuk perlawanan pertama kumpulan B menentang MSA sememangnya satu wake up call menuntut setiap pemain untuk lebih bersedia bagi perlawanan seterusnya.

"Ini kerana kejohanan berlangsung secara karnival yang menyaksikan pasukan akan bermain tiga perlawanan dalam tiga hari berturut-turut," katanya.

Terdahulu, anak buah Ashadi terlebih dulu ketinggalan hasil jaringan Mohamad Aiman Haikal minit ke-28 sebelum Muhammad Faris Izzat menyamakan kedudukan minit ke-40.

Separuh masa kedua, MSA kembali memimpin perlawanan menerusi jaringan pada minit ke 80 hasil jaringan Muhammad Fahmi Haziq.

MUFT kemudian menyamakan Muhammad Adam Uwais meryamakan kedudukan 2-2 minit ke-83 sebelum Muhammad Izzat Irfan memastikan tiga mata pasukannya selepas itu.

Artikel Berkaitan:

Jelas Ashadi lagi, status naib juara berturut-turut edisi sebelum ini merupakan cabaran kepada pasukan itu menampilkan aksi terbaik seterusnya memburu kejuaraan edisi kali ini.

"Tapi ianya bukan satu jalan mudah, kerana pasukan lain juga mempunyai matlamat yang sama dalam kejohanan kali ini.

"Yang membezakan adalah fizikal dan mental pemain untuk kekal cergas 100 peratus bagi setiap perlawanan dan paling penting adalah bermain dengan semangat berpasukan yang tinggi," katanya.

Mengenai perlawanan berdepan Johor Darul Ta'zim B-15, Ashadi menjangkakan bukan perlawanan yang mudah seperti berdepan MSA.

"Saya sudah pesan kepada pemain-pemain supaya tidak lagi memandang rendah keupayaan pasukan lain yang kebanyakan usia jauh lebih muda jika tidak mahu struggle untuk bangkit seperti perlawanan pertama. Mereka harus bermain secara lebih matang.

"Biarpun JDT B-15 akan kehilangan dua pemain akibat penggantungan saya percaya itu tidak menjejaskan persiapan mereka kerana pasukan mempunyai barisan pemain simpanan sama seperti pemain utama," katanya.