Piala Pra U: ABF takkan beri AMD laluan mudah

Aksi ABF menentang MSNT-SIF-TFC di padang Akademi Bolasepak Mokhtar Dahari di Gambang, Pahang.
Aksi ABF menentang MSNT-SIF-TFC di padang Akademi Bolasepak Mokhtar Dahari di Gambang, Pahang.
A
A
A

AKADEMI Bolasepak Felda (ABF) tidak akan memberi laluan mudah kepada penyandang juara Akademi Mokhtar Dahari (AMD) menjelang aksi terakhir Kumpulan A Piala Pra U di padang Akademi Bolasepak Mokhtar Dahari di Gambang, Pahang pada Isnin.

Malah, pengendali Akademi Bolasepak Felda, Khairun Haled Masrom menegaskan, beberapa tonggak yang mengalami kecederaan pada perlawanan pertama sudah bersedia berdepan AMD.

"Setiap perlawanan adalah medan terbaik untuk pemain bagi menunjukkan bakat.

"Pasukan ABF akan memberikan saingat sengit kepada pasukan AMD yang telah mengesahkan kemaraan ke peringkat seterusnya.

"Pemain haruslah mengambil peluang terutama dalam saingan kompetitif sebegini bagi menunjukkan prestasi terbaik demi kelangsungan karier selepas menjadi graduan akademi," katanya.

Kesebelasan ABF utama ketika menentang MSNT-SIF-TFC.
Kesebelasan ABF utama ketika menentang MSNT-SIF-TFC.

Anak buah Khairun Haled menyingkap kempen Kumpulan A langkah kiri apabila tewas 1-3 kepada Akademi Penang Panther sebelum dijinakkan Akademi Majlis Sukan Negeri Terengganu - Terengganu FC (MSNT-SIF-TFC), 4-0.

Mengulas prestasi skuad kendaliannya dalam dua perlawanan sebelum ini, Khairun Haled bekas pemain pertahanan yang pernah menyarung jersi Harimau Muda dan Harimau Malaya itu mengakui pasukan telah berjaya bermain dengan falsafah permainan pasukan yang telah diterapkan dari awal tahun.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun katanya, kesemua gol yang dijaringkan pihak lawan terhasil daripada beberapa kesilapan individu yang mengakibatkan pasukan dihukum dengan gol mudah.

"Harus diingat, pemain pemain masih berada dalam proses pembangunan bahawa kesilapan sebegini akan memberi pengajaran berguna kepada pemain bagi proses pembangunan individu sebagai pemain bola sepak.

"Kredit perlu diberikan kepada pihak penganjur di atas penganjuran kejohanan seperti ini yang menjadi pentas terbaik bagi proses pembangunan bola sepak," katanya.

Sebagai rekod, kejuaraan Piala Pra U merupakan anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Majlis Sukan Negara (MSN).