Sime Darby bangkit ikat JDT

Antara aksi menarik Sime Darby menentang JDT B-15 saingan Kumpulan B Piala Pra U 2023 di Akademi Bolasepak Mokhtar Dahari, Gambang, Kuantan pada Sabtu. - Foto Sukan IPT
Antara aksi menarik Sime Darby menentang JDT B-15 saingan Kumpulan B Piala Pra U 2023 di Akademi Bolasepak Mokhtar Dahari, Gambang, Kuantan pada Sabtu. - Foto Sukan IPT
A
A
A

[DIKEMAS KINI] AKADEMI Bolasepak Sime Darby bangkit ketinggalan satu gol untuk mengikat Johor Darul Ta’zim (JDT) Bawah 15 tahun (B-15) yang beraksi sembilan pemain, 1-1 dalam perlawanan Kumpulan B Piala Pra U 2023 pada Sabtu.

Pengendali Sime Darby, Mohd Parus Kahar menyifatkan pemainnya mempamerkan karakter melawan tinggi dalam perlawanan tersebut.

"Saya puji kemahuan tinggi para pemain untuk bangkit walaupun ketinggalan satu gol pada awal separuh masa kedua.

"Secara keseluruhan saya berpuas hati dengan prestasi pemain-pemain walaupun tidak semua menunjukkan permainan sebenar mereka," katanya.

Perlawanan di padang 7, Akademi Bolasepak Negara Mokhtar Dahari, Gambang, Pahang itu, JDT B-15 terpaksa beraksi 10 pemain selepas Qhairul Muheymeim dilayangkan kad merah pada penghujung separuh masa pertama.

Separuh masa kedua, pemain-pemain kedua-dua pasukan meningkatkan intensiti permainan dalam usaha memecah kebuntuan jaringan.

Skuad Akademi Bolasepak Sime Darby yang mengambil bahagian saingan Piala Pra U 2023 di Gambang, Pahang. - Foto FB SLP STUDIO
Skuad Akademi Bolasepak Sime Darby yang mengambil bahagian saingan Piala Pra U 2023 di Gambang, Pahang. - Foto FB SLP STUDIO

Harimau Selatan akhirnya berjaya memimpin permainan hasil jaringan daripada Haziq Aziz Ahyok pada minit ke-50.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun Harimau Selatan terpaksa bermain sembilan pemain selepas Muhammad Amar Imran dibuang padang setelah menerima kad kuning keduanya pada minit ke-53.

Sime Darby memanfaatkan sepenuhnya kelebihan itu dengan menggandakan asakan yang akhirnya dijelmakan menerusi rembatan kencang Adam Harris Nazarudin pada minit ke-68.

Mengenai persediaan berdepan Mutiara Soccer Allstars (MSA) pada Ahad, Mohd Parus berkata, untuk perlawanan seterusnya kami perlu meningkat kekuatan bahagian pertahanan.

"Ini kerana bahagian penyudah MSA cukup efektif apabila berjaya meledak dua gol biarpun tewas kepada MUFT (Malaysia University Football Team)," katanya.

Kumpulan B mengandungi pasukan JDT B-15, Akademi Bolasepak Sime Darby, Mutiara Soccer Allstars (MSA) dan Malaysia University Football Team (MUFT).

Kejohanan anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) ini disertai lapan akademi bolasepak yang dibahagikan kepada dua kumpulan menawarkan hadiah RM10,000 untuk juara, naib juara RM8,000, ketiga RM6,000 diikuti keempat RM4,000.