MUFT tak pandang mudah Sime Darby

Aksi MUFT menentang JDT B-15 dalam perlawanan Kumpulan B Piala Pra U di padang Akademi Bolasepak Mokhtar Dahari, Gambang pada Ahad.
Aksi MUFT menentang JDT B-15 dalam perlawanan Kumpulan B Piala Pra U di padang Akademi Bolasepak Mokhtar Dahari, Gambang pada Ahad.
A
A
A

NAIB juara dua edisi berturut-turut Piala Pra U, Malaysia University Football Team (MUFT) tidak menganggap mudah cabaran yang bakal dijelmakan Akademi Bolasepak Sime Darby (ABSD) dalam perlawanan terakhir kumpulan B pada Isnin.

Malah, penolong pengendali Malaysia University Football Team (MUFT), Ashadi Mohd Yusoff menjangkakan anak buah Mohd Parus Kahar mampu menghadirkan kejutan sekiranya para pemain memandang rendah keupayaan lawan.

"Saya sudah ingatkan kepada para pemain untuk lebih berwaspada dan menghormati keupayaan pasukan Sime Darby yang 'got nothing to loose' dalam perlawanan terakhir kumpulan.

"Malah, saya mahu barisan pemain yang akan diturunkan esok dapat mempamerkan persembahan terbaik dan berkualiti biarpun sudah mengesahkan tiket ke kelompok empat terbaik.

"Barisan kejurulatihan akan melakukan penggiliran pemain bagi memastikan pemain kesebelasan utama dapat recovery yang cukup bagi perlawanan seterusnya selain memberikan peluang kepada pemain yang kurang minit dan belum dapat bermain menampilkan potensi mereka," katanya.

MUFT meraih kemenangan kedua selepas menewaskan Johor Darul Ta'zim (JDT) Bawah 15 Tahun (B-15), 4-1 dalam perlawanan di padang Akademi Bolasepak Mokhtar Dahari di Gambang, Kuantan pada Ahad.

Aksi MUFT menentang JDT B-15 dalam perlawanan Kumpulan B Piala Pra U di padang Akademi Bolasepak Mokhtar Dahari, Gambang pada Ahad.
Aksi MUFT menentang JDT B-15 dalam perlawanan Kumpulan B Piala Pra U di padang Akademi Bolasepak Mokhtar Dahari, Gambang pada Ahad.

Ini merupakan kemenangan kedua MUFT yang sebelum ini dipaksa berhempas pulas sebelum menjinakkan Mutiara Soccer Allstars (MSA), 3-2 pada Sabtu.

Artikel Berkaitan:

Mengulas kemenangan kedua itu, Ashadi berkata, "Alhamdulillah.... dan tahniah buat pemain bekerja keras memastikan kemenangan selesa buat pasukan.

"Malah secara keseluruhan pemain bermain lebih baik berbanding perlawanan pertama sebelum ini apabila kurang melakukan kesilapan walaupun sekali lagi ketinggalan.

"Pemain-pemain menampilkan perubahan apabila lebih tenang tidak gopoh dalam mencari gol penyamaan.

"Selain itu, sedikit perubahan taktikal dengan memainkan dua penyerang dan tiga pertukaran pemain, nampak mereka lebih selesa dan yakin dalam mengawal permainan terutama ketika menyerang."