Insiden bilik jana kuasa, Suruhanjaya Tenaga akan panggil TNB

Laporan Sinar Harian pada 17 November lalu.
Laporan Sinar Harian pada 17 November lalu.
A
A
A

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Tenaga (ST) akan memanggil pihak Tenaga Nasional Bhd (TNB) berhubung insiden renjatan elektrik yang menimpa seorang kanak-kanak lelaki berumur 12 tahun di bilik Pencawang Elektrik TNB di Sri Bayu, Bayan Lepas, Pulau Pinang, baru-baru ini.

ST dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pihak TNB dipanggil bagi membantu siasatan dalam mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Dalam kejadian pada 16 November lepas, media melaporkan mangsa melecur seluruh badan akibat terkena renjatan elektrik dipercayai tersentuh perkakasan elektrik selepas memasuki bilik janakuasa elektrik tersebut untuk mengambil bola yang terpelanting masuk.

Menurut ST sekiranya didapati berlaku sebarang kecuaian atau kesalahan oleh mana-mana pihak dalam insiden berkenaan, tindakan undang-undang akan diambil di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990 [Akta 447] dan Peraturan-Peraturan Elektrik 1994. - Bernama

Artikel Berkaitan: