Sesak nafas, Ahli Parlimen Padang Besar dimasukkan ke HTF

Zahidi Zainol Abidin
Zahidi Zainol Abidin
A
A
A

KANGAR - Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainol Abidin dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Tuanku Fauziah (HTF) selepas mengalami sesak nafas ketika bangun dari tidur pagi tadi.

Exco Agama Perlis, Ruzaini Rais berkata, Zahidi mengadu sakit di bahagian dada kepada isterinya pada jam 5 pagi.

"Dia kini berada di bawah pengawasan pakar di Unit Penjagaan Jantung (CCU) HTF dan diberikan ubat tidur," katanya ketika dihubungi.

Menurut Ruzaini, keadaan Zahidi kini stabil namun pihak hospital tidak membenarkan pelawat masuk kecuali ahli keluarga.

Zahidi berusia 58 tahun merupakan Ahli Parlimen Padang Besar sejak 2013 dan turut menjawat jawatan Ketua UMNO Bahagian Padang Besar dan Timbalan Pengerusi UMNO Perlis.

Artikel Berkaitan: