Bersatu perlu segera laksanakan program pengkaderan

Rina Harun
Rina Harun
A
A
A

SHAH ALAM - Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menggesa parti itu untuk segera melancarkan program pengkaderan yang merangkumi modul berkaitan prinsip nilai integriti dan disiplin organisasi.

Ketua Srikandi, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, satu kerangka nilai dan sahsiah sedang dirangka sebagai panduan kepada ahli Bersatu untuk menghayati semangat juang parti tersebut yang bakal dilancarkan dalam masa terdekat.

“Langkah ini perlu dilaksanakan segera bagi membina kekuatan Bersatu dengan ahli-ahli sedia ada, umpama sebuah bangunan yang tersusun kukuh.

“Perlu ada kursus-kursus bersepadu kepada semua pimpinan di setiap peringkat supaya kita tahu dan faham mengenai perlembagaan parti,” katanya ketika berucap pada sesi penggulungan Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu pada Sabtu.

Dalam pada itu, Rina turut memaklumkan bahawa pihaknya telah bersetuju untuk menubuhkan Akademi Kepimpinan Sri Kandi Tun Fatimah.

Jelasnya, ia selaras dengan hasrat Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan mahu lebih ramai pemimpin wanita serta anak muda menyertai parti tersebut.

“Sudah tiba masanya untuk lahirkan lebih ramai pemimpin wanita bukan sahaja di peringkat cawangan bahagian mahupun di barisan ahli tertinggi,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: