50 peratus bersetuju masalah kewangan punca perceraian

Laporan Sinar Harian. Sebanyak 50 peratus daripada 319 pengguna media sosial X mengundi masalah kewangan menjadi punca utama perceraian.
Laporan Sinar Harian. Sebanyak 50 peratus daripada 319 pengguna media sosial X mengundi masalah kewangan menjadi punca utama perceraian.
A
A
A

SHAH ALAM - Masalah kewangan dalam kehidupan berumah tangga menjadi antara punca utama perceraian berlaku.

Berdasarkan undian di laman sosial X Sinar Harian dalam tempoh 24 jam bermula jam 1 petang Jumaat, mendapati 50 peratus daripada 319 yang mengundi bersetuju bahawa masalah kewangan menjadi punca utama perceraian.

Sementara itu, 27 peratus mengatakan tiada persefahaman penyebab keruntuhan rumah tangga manakala sebanyak 17 peratus mengundi orang ketiga dan enam peratus lagi undi mentua campur tangan.

Menerusi hantaran undian berkenaan, pengguna media sosial dengan nama akaun @_amirulafiq_ berkata, tidak menjaga solat menyebabkan keretakan hubungan suami isteri.

“Tak jaga solat. Hubungan dengan ALLAH SWT tidak terjaga apatah lagi hubungan dengan manusia.”

Begitu juga dengan pemilik akaun @abuadeeb82 yang turut bersetuju bahawa kurang pegangan agama menjadi punca perceraian.

Dalam pada itu, ada juga pengguna media sosial yang memberitahu punca masalah berkenaan berlaku disebabkan diri sendiri.

Artikel Berkaitan: