Calon wanita Perpaduan mampu menang 100 peratus - Fadhlina

Fadhlina berucap pada Program Ceramah Kelompok PH dan BN di Kampung Harmoni Ijok, Kuala Selangor pada malam Khamis.
Fadhlina berucap pada Program Ceramah Kelompok PH dan BN di Kampung Harmoni Ijok, Kuala Selangor pada malam Khamis.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Wanita Pakatan Harapan (PH) yakin semua calon wanita Perpaduan mampu meraih kemenangan 100 peratus dalam pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri.

Timbalan Ketua Wanita PH, Fadhlina Sidek berkata, semua calon wanita yang dipertaruhkan itu mempunyai potensi menang meskipun berdepan kerusi sengit daripada parti lawan.

"Semua (kerusi ditandingi calon wanita Perpaduan) yang masuk (dalam PRN) di enam negeri mesti menang semualah dan tak boleh (kurang dari itu)," katanya ketika ditemui pada Program Ceramah Kelompok PH dan Barisan Nasional (BN) di Kampung Harmoni Ijok di sini pada malam Khamis.

Fadhlina berkata, terdapat peningkatan sokongan memberangsangkan dalam kalangan pengundi terhadap calon wanita PH dan BN.

Tambahnya, dari segi persiapan juga menunjukkan bahawa calon wanita yang bertanding sudah cukup bersedia.

"Persiapan jentera juga cukup baik dan dengan gabungan Perpaduan, kita dapat melihat jentera (PH dan BN) telah bekerja keras untuk memastikan kemenangan calon Kerajaan Perpaduan.

"Saya rasa ini yang melegakan kita untuk melihat perkembangan (dari segi sokongan) itu dan insya-ALLAH kita doa kemenangan berpihak kepada calon Perpaduan," ujarnya.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!