Tiga gol awal beri kelebihan buat Sabah

Saddil antara pencetak gol Sabah ketika berdepan Terengganu dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, pada Jumaat. FOTO: Sabah FC
Saddil antara pencetak gol Sabah ketika berdepan Terengganu dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, pada Jumaat. FOTO: Sabah FC
A
A
A

KEJAYAAN Sabah FC membawa pulang tiga mata ketika menewaskan Terengganu FC, 4-0 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada Jumaat berpunca daripada penyudahan sempurna pasukan tersebut.

Malah tegas, pengendali Sabah, Datuk Ong Kim Swee, pemain-pemain The Rhinos memanfaatkan setiap peluang yang dicipta untuk menjaringkan gol pada babak pertama ketika berdepan skuad kendalian Tomislav Steinbruckner.

Jelas Kim Swee, tiga gol awal itu juga sebenarnya memberikan kelebihan kepada pasukan Sabah yang menyaksikan Terengganu untuk kembali bangkit selepas itu.

"Saya ingin beri pujian atas komitmen tinggi pemain-pemain Sabah terutamanya yang baharu kembali dari tugasan bersama pasukan Harimau Malaya.

"Rentak tiga mata ini juga saya harap pasukan tidak boleh lagi kehilangan mata dalam baki saingan.

"Dalam bola sepak kita tidak boleh menjangkakan situasi apa yang berlaku, sebaliknya pasukan hanya melaksanakan segala arahan semasa sesi latihan dalam perlawanan sebenar," katanya.

Pada aksi di Gong Badak itu, Sabah memimpin separuh masa pertama menerusi jaringan Ramon Machado (m-6), Saddil Ramdani (m-29), dan Miguel Cifuentes (m-40) sebelum gol minit ke-48, pemain gantian, Muhammad Jafri Chew melengkapkan kemenangan bergaya The Rhinos.

Pada masa sama, Kim Swee menyifatkan tiga mata diraih di laman skuad Penyu itu memotivasikan pemain-pemain The Rhinos dalam memberikan tekanan kepada pasukan Kedah Darul Aman FC.

Artikel Berkaitan:

"Ini memberikan tekanan kepada pasukan Kedah, jadi selepas ini setiap pemain harus fokus dari satu perlawanan ke satu perlawanan.

"Perlawanan seterusnya berdepan Hougong dalam saingan Piala AFC yang merupakan perlawanan penting

"Selepas itu kita kembali semula saingan Liga Super berdepan Perak FC, jadi saya harap pemain-pemain kekalkan momentum ketika menentang Hai Phong di Likas sebelum ini dalam mengakhiri saingan kempen di kedudukan terbaik," katanya.

Perlawanan Sabah FC:

* Liga Super

3 Disember

Perak FC lwn Sabah FC

17 Disember

Sabah FC lwn Kedah Darul Aman

* Piala AFC

30 November

Hougang lwn Sabah FC

14 Disember

Sabah FC lwn PSM Makassar