Polis buru lelaki curi telefon bimbit

Video tular yang memaparkan seorang lelaki mencuri telefon bimbit di sebuah klinik swasta, di Taman Prima Sri Gombak, Batu Caves, pada Rabu.
Video tular yang memaparkan seorang lelaki mencuri telefon bimbit di sebuah klinik swasta, di Taman Prima Sri Gombak, Batu Caves, pada Rabu.
A
A
A

GOMBAK - Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki mencuri sebuah telefon bimbit di sebuah klinik swasta, di Taman Prima Sri Gombak, Batu Caves, di sini pada Rabu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya telah terkesan satu video klip berdurasi 35 saat tular di media sosial memaparkan kejadian itu.

"Seorang wanita berusia 21 tahun bertugas sebagai pembantu klinik mendapati telefon bimbitnya yang diletakkan di bahagian kaunter telah hilang dalam kejadian berlaku pada jam 8.13 pagi.

"Pengadu kemudian membuat semakan kamera litar tertutup dan mendapati seorang lelaki telah masuk ke dalam klinik kemudian mengambil telefon bimbit itu," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Noor Ariffin berkata, wanita itu telah mengalami kerugian kira-kira RM500.

"Kita sedang berusaha mengesan suspek, kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai yang mengenali suspek atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Azlan Mohd Jaafar di talian 017-3605063 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222," katanya.