PKR harus kekal berkuasa untuk teruskan agenda reformasi - Dr Zaliha

Dr Zaliha Mustafa
Dr Zaliha Mustafa
A
A
A

PUTRAJAYA - Tempoh berbaki empat tahun pemerintahan Kerajaan Perpaduan bukanlah satu jangka masa yang terlalu lama, kata Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Zaliha Mustafa.

Untuk itu, beliau berkata, usaha keras perlu dilakukan oleh ahli PKR bagi memastikan kerajaan sekarang kekal berkuasa dalam tempoh berkenaan dan penggal yang seterusnya.

“Ini bukan gila atau rakus kuasa tetapi kita perlu kekal berkuasa untuk meneruskan agenda reformasi kita.

“Reformasi institusi negara... Tidak ada satu kerajaan pun yang boleh melaksanakan apa-apa agenda yang dirancang hanya dalam satu penggal tetapi sekurang-kurangnya dua penggal,” katanya ketika menyampaikan ucapan bersempena Kongres Tahunan PKR 2023 di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa PICC, di sini pada Sabtu.

Justeru, beliau yang juga Menteri Kesihatan menyeru kepada ahli PKR untuk senantiasa fokus untuk kembali bekerja bagi memenangi pilihanraya mendatang.

“Maka kerja-kerja lapangan perlu diteruskan, kita sekarang kerajaan maka kita seharusnya lebih mudah untuk mendekati rakyat.

“Buktikan kita adalah kerajaan yang mampu membawa perubahan, ‘walk the talk’ dan berpegang pada janji dan manifesto kita,” katanya lagi.

Artikel Berkaitan: