Bersatu tolak cadangan Muhyiddin tidak pertahan jawatan

Hamzah Zainudin.
Hamzah Zainudin.
A
A
A

SHAH ALAM - Mesyuarat Khas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebulat suara menolak cadangan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk tidak mempertahankan jawatan sebagai presiden dalam pemilihan parti akan datang.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, MPT berpendirian bahawa kepimpinan Muhyiddin masih diperlukan parti dan negara.

"Mesyuarat ini telah dipengerusikan Timbalan Pengerusi Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu pada petang Jumaat tadi," katanya dalam satu kenyataan.

Muhyiddin membuat pengumuman tersebut ketika menyampaikan ucapan dasar sempena Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu 2023 kali ke-6 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini.

Menurutnya, keputusan berkenaan dibuat bagi memberi peluang kepada pemimpin pelapis menerajui parti itu.

Artikel Berkaitan: