Kereta rosak dihempap runtuhan dinding bangunan

Sebuah kereta dihempap sisa runtuhan dinding bangunan rumah kedai lama dalam kejadian di Pekan Semenyih dekat sini pada Jumaat.
Sebuah kereta dihempap sisa runtuhan dinding bangunan rumah kedai lama dalam kejadian di Pekan Semenyih dekat sini pada Jumaat.
A
A
A

HULU LANGAT - Sebuah kereta rosak akibat dihempap runtuhan dinding bangunan rumah kedai lama dalam kejadian berhampiran di Pekan Semenyih, dekat sini pada Jumaat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 4.58 petang.

"Difahamkan kereta jenis Proton Wira itu diletakkan berhampiran lokasi runtuhan selepas pemandunya keluar ke kedai berdekatan," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Anggota bomba menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian runtuhan pada Jumaat.
Anggota bomba menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian runtuhan pada Jumaat.

Katanya, dinding bangunan rumah kedai itu kemudiannya runtuh sebelum menghempap kereta itu.

"Bangunan kedai tersebut merupakan struktur bangunan lama dan tidak lagi beroperasi. Bagaimanapun, kejadian tidak melibatkan kecederaan atau kehilangan nyawa.

"Kes kemudiannya diserahkan kepada Majlis Perbandaran Kajang untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Artikel Berkaitan: