Ikan tembakang rezeki musim hujan

Omar menunjukkan harga ikan tembakan RM5 seikat
Omar menunjukkan harga ikan tembakan RM5 seikat
A
A
A

RANTAU PANJANG - Ikan tembakang menjadi rezeki tambahan kepada seorang warga emas, Omar Seman, 72, sejak hujan lebat dan berlaku limpahan sungai beberapa hari lalu.

Omar ketika ditemui sedang berniaga ikan itu di Lebuh Raya Pasir Mas-Rantau Panjang memberitahu, ikan tembakang tidak bermusim tetapi lebih besar pada musim tengkujuh dan mudah dipukat berikutan limpahan air.

Dia yang tinggal di Kampung Padang Licin mengambil peluang memukat ikan berkenaan di sungai kira-kira 500 meter dari rumah berikutan tidak dapat melakukan kerja kampung berikutan cuaca tidak menentu.

"Saya turun seawal jam 7 pagi untuk memukat dan mula menjual pada jam 9 pagi kerana sudah ramai yang melalui jalan itu," katanya.

Menurut Omar, ikan tembakang yang enak dimasak percik, asam pedas dan masak cili kini mendapat sambutan daripada pelanggan dan penggemarnya.

Ikan tembakang
Ikan tembakang

Jelasnya, sebanyak empat kilogram (kg) ikan yang dijual dalam sehari dan biasanya akan habis dalam tempoh tidak kurang empat jam bergantung kepada keadaan cuaca.

"Ikan ini tidak ditimbang dan hanya dijual pada harga RM5 seikat.

Artikel Berkaitan:

"Ia biasanya lebih laris dalam cuaca hujan tetapi kurang mendapat sambutan jika keadaan cuaca panas," katanya.

Omar memberitahu, sebelum ini dia menjual ikan yang dipukat kepada beberapa peniaga di tepi jalan berkenaan tetapi mengambil inisiatif menjual sendiri tahun ini.

Dia yang sudah 10 tahun memukat ikan turut mendapat rezeki pelbagai jenis ikan lain termasuk keli dan baung.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!