Bajet Kelantan 2024 defisit RM178.49 juta

Mohd Nassaruddin menunjukkan fail Bajet Kelantan 2024 yang bertemakan 'Kelantan Mampan Berkat Sejahtera'.
Mohd Nassaruddin menunjukkan fail Bajet Kelantan 2024 yang bertemakan 'Kelantan Mampan Berkat Sejahtera'.
A
A
A

KOTA BHARU - Bajet Kelantan 2024 yang dibentangkan di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Khamis terus defisit sebanyak RM178.49 juta.

Menteri Besar, Datuk Mohd Nassaruddin Daud berkata, walaupun defisit, kerajaan negeri akan memberikan keutamaan kepada projek-projek atau program-program yang sekali gus merangsang kemakmuran dan mendatangkan kesejahteraan kepada rakyat.

"Untuk Bajet 2024, kerajaan Kelantan memperuntukkan sebanyak RM1.61 bilion sebagai perancangan berbelanja," katanya semasa membentangkan Belanjawan Kelantan Bagi Tahun 2024 di sini pada Khamis.

Menurutnya, perancangan itu melibatkan pecahan anggaran perbelanjaan mengurus sebanyak RM1.15 bilion dan perbelanjaan pembangunan RM468.36 juta.

"Perancangan berbelanja secara berhemat yang menjurus kepada lima teras iaitu pemerkasaan agama dan pendidikan (RM208.92 juta), rakyat sejahtera (RM375.61 juta), ekonomi progresif (RM349.7 juta), melestarikan alam sekitar (RM12.8 juta) serta ihtirafi tadbir urus (RM21.85 juta)," katanya semasa membentangkan Belanjawan 2024 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Ahli Dewan Undangan (ADUN) Meranti itu memberitahu, bajet tahun depan bertemakan 'Kelantan Mampan Berkat Sejahtera'.

Beliau berharap dengan peruntukan itu akan membawa Kelantan ke arah yang lebih berkat, makmur dan berkebajikan demi kesejahteraan rakyat di dunia mahupun di akhirat

Mohd Nassuruddin berkata, kerajaan negeri dijangka memperoleh anggaran hasil sebanyak RM967.25 juta pada tahun 2024 meliputi hasil cukai sebanyak RM224.94 juta, hasil bukan cukai RM364.05 juta dan terimaan bukan hasil RM378.26 juta.

Artikel Berkaitan:

"Jumlah tersebut menunjukkan berlakunya penurunan dalam hasil sebanyak RM15.89 juta iaitu sebanyak 1.62% berbanding anggaran hasil tahun 2023 sebanyak RM983.14 juta," katanya.