Berakhirnya tuntutan Kumpulan Sulu

Laporan Sinar Harian pada 9 November lalu
Laporan Sinar Harian pada 9 November lalu
A
A
A

CUBAAN kumpulan Sulu menggunakan mahkamah antarabangsa untuk merampas aset syarikat minyak Malaysia, Petronas di Luxembourg dan Belanda serta aset diplomatik negara di Perancis termasuk bangunan kedutaan akhirnya gagal.

Ini selepas Mahkamah Perancis membatalkan perintah bagi gadai janji berkanun yang dibuat terhadap bangunan diplomatik Malaysia di Paris oleh penuntut warga Filipina (Sulu) pada 6 November lepas.

Berita gembira itu disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said sewaktu di London baru-baru ini.

Beliau dan delegasi Malaysia telah ke sana untuk berjumpa dengan peguam-peguam lantikan kerajaan Malaysia dalam menangani tuntutan berkenaan, seterusnya menyangkal taktik dan hujahan mereka secara komprehensif dalam fasa ketiga tuntutan lapan individu yang mengaku sebagai waris Kesultanan Sulu.