Wakil Parti Buruh kemuka usul isu pemotongan 10 mata Everton

Goodison Park yang menjadi laman keramat Everton. - Foto Everton FC
Goodison Park yang menjadi laman keramat Everton. - Foto Everton FC
A
A
A

SEORANG ahli politik United Kingdom (UK) mengemukakan usul mengenai isu pemotongan 10 mata yang dikenakan terhadap Everton di Parlimen negara itu baru-baru ini.

Ahli Parlimen Parti Buruh, lan Byrne mengemukakan usul mengutuk pengurangan 10 mata yang dikenakan terhadap kelab Everton di Liga Perdana Inggeris .

Malah, Byrne juga mendesak satu badan selia bola sepak bagi menyiasat perkara itu ditubuhkan segera.

Everton sebelum ini menjadi kelab pertama saingan Liga Perdana Inggeris yang ditolak mata paling besar dalam sejarah pertandingan tersebut kerana melanggar peraturan kewangan Liga Perdana Inggeris pada Jumaat.

Suruhanjaya bebas mengenakan potongan segera menyaksikan kelab Merseyside kendalian Sean Dyche itu berada di kedudukan ke-19 dengan mengumpul empat mata daripada 12 perlawanan.

Status terkini itu menyaksikan kelab tersebut kekurangan lima mata untuk keluar kedudukan kelompok tiga pasukan terbawah liga utama England berkenaan.

Kata Ahli Parlimen Liverpool West Derby tersebut, pengurangan mata itu adalah sangat tidak adil dan tidak mempunyai asas yang sah.

“Dewan ini berpendapat Liga Perdana Inggeris tidak lagi boleh mentadbir bola sepak dengan adil tanpa pengawasan dan undang-undang yang bebas,” katanya.

Artikel Berkaitan: