Satu keluarga diacu parang ketika tidur, disamun RM40,000

Satu keluarga berdepan detik cemas apabila diacukan parang ketika tidur oleh penyamun bertopeng sehingga mengalami kerugian mencecah RM40,000 dalam kejadian di sebuah taman perumahan di Lenggeng, awal pagi Rabu. - Gambar hiasan 123RF
Satu keluarga berdepan detik cemas apabila diacukan parang ketika tidur oleh penyamun bertopeng sehingga mengalami kerugian mencecah RM40,000 dalam kejadian di sebuah taman perumahan di Lenggeng, awal pagi Rabu. - Gambar hiasan 123RF
A
A
A

NILAI - Satu keluarga berdepan detik cemas apabila diacukan parang ketika tidur oleh penyamun bertopeng sehingga mengalami kerugian mencecah RM40,000 dalam kejadian di sebuah taman perumahan di Lenggeng, awal pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, pihaknya menerima aduan berhubung kejadian pada jam 2.30 pagi itu daripada seorang pengadu lelaki berusia 32 tahun.

"Semasa pengadu sedang tidur di dalam bilik utama di rumah bersama isteri dan anak-anaknya, tiba-tiba didatangi enam lelaki sebelum mengacukan parang ke arah pengadu.

"Suspek telah mengikat tangan dan kaki pengadu sekeluarga," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Katanya, hasil siasatan mendapati kesemua suspek memakai topeng muka dan dipercayai memasuki rumah pengadu melalui salah satu pintu.

"Bagaimanapun, pengadu bersama keluarganya tidak dicederakan dan suspek hanya melarikan wang tunai dan barang kemas dianggarkan lebih kurang RM40,000.

"Siasatan kes masih dijalankan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkan maklumat ke Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai di talian 06–7904389," katanya.

Artikel Berkaitan: