Que Haidar terus hulur bantuan bantu rakyat Palestin melalui TikTok

Que sering membuat siaran langsung di TikTok bermula jam 11 malam sehingga dinihari.
Que sering membuat siaran langsung di TikTok bermula jam 11 malam sehingga dinihari.
A
A
A

[DIKEMAS KINI] AKTOR berbakat besar, Que Haidar antara selebriti Malaysia yang masih berkongsi perihal penderitaan rakyat Palestin, saban hari menerusi akaun media sosialnya.

Bukan itu sahaja, Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar turut mengambil inisiatif membuat siaran langsung di akaun TikTok miliknya dan hasil pemberian daripada penonton disalurkan kepada rakyat Palestin untuk memberi keperluan harian.

Jelas bintang berusia 44 tahun itu, inisiatif tersebut di ambil atas dasar kemanusiaan dan juga tanggungjawab sebagai public figure.

"Pada mulanya saya buat siaran langsung ini, hanya disertai rakan saya yang tinggal di Al-Quds, lima minit dari Masjid Al-Aqsa iaitu Shaykh Yusef. Saya pasang doa supaya yang menonton dapat aminkan.

Antara barangan yang dapat disalurkan hasil sumbangan menerusi siaran langsung di TikTok kepada rakyat di Gaza.
Antara barangan yang dapat disalurkan hasil sumbangan menerusi siaran langsung di TikTok kepada rakyat di Gaza.

"Kemudian Shaykh Yusef cadang untuk ajak rakan-rakan dia di Gaza sertai siarang langsung itu. Selepas itu, ada pula rakyat Malaysia dan rakyat Palestin yang tinggal di sini tawar diri untuk sertai siarang langsung sebagai penterjemah.

"Sejak itulah kami sering berkongsi bermacam cerita mengenai Gaza dan gift (hadiah) yang penonton beri kepada saya di TikTok, saya minta mereka beri kepada yang berada di Gaza.

"Sejak awal lagi, saya tak ada apa-apa plan mengenai siaran langsung ini dan saya tak suka kalau ada yang fikir saya buat untuk popular atau atas kepentingan diri sendiri," ujarnya kepada Sinar Harian.

Artikel Berkaitan:

Tambah bapa kepada dua orang cahaya mata ini, hasil hadiah yang diberikan kepada mereka yang menyertai siaran langsung itu dapat memberi beberapa keperluan harian seperti makanan, selimut dan baju sejuk.

"Bagi mereka, banyak juga yang mereka dapat semasa siaran langsung itu, tetapi bagi saya angkanya masih kecil kerana ada 1.5 juta orang yang hilang tempat tinggal, tak cukup makan.

Akaun TikTok kedua Que Haidar.
Akaun TikTok kedua Que Haidar.

"Dalam masa sama, bagi mereka yang menyalurkan bantuan kepada badan bukan kerajaan (NGO) teruskan berbuat demikian kerana hasil gift yang mereka dapat ketika siaran langsung itu, hanya cukup sekadar memberi keperluan untuk hari itu atau beberapa hari sahaja," jelasnya yang mengajak lebih ramai orang menyertai siaran langsung itu menerusi akaun TikTok @quehaidar12go.

Tambah Que, kebiasaannya dia akan mula membuat siaran langsung sekitar jam 11 malam sehingga ke dinihari atau sebelum waktu Subuh.

Ujarnya lagi, selepas hampir dua bulan berkongsi penderitaan dan pengalaman rakyat Palestin, banyak yang dipelajari dan menginsafi dirinya.

"Setiap malam ada sahaja yang menyentuh hati saya. Contohnya ada sekali saya buat siaran langsung bernama remaja berusia 16 thaun bernama Ahmad yang tinggal di utara Gaza. Dia tinggal bersama ibu, ayah, datuk, nenek dan lima orang adik-beradik.

"Ketika tentera Zionis keluarkan arahan penduduk di utara berpindah ke Selatan, dia serta keluarga tidak dapat berbuat demikian kerana ada warga emas yang uzur dan adiknya masih kecil. Sewaktu kami berbual, beberapa kali terdengar bunyi letupan sehinggalah tentera bom rumah jirannya. Keadaan terus bertukar huru-hara dan kami yang ada dalam siaran langsung itu turut terasa cemasnya.

"Peristiwa seperti itu memberi impak kepada saya dan menginsafi diri saya. Banyak benda yang saya belajar," ujarnya yang bersyukur kerana masih mempunyai akses untuk berkongsi keadaan terkini di Gaza kepada masyarakat.