Malaysia wajar hantar bantuan ketenteraan ke Palestin - Hassan

Hassan (tengah) bersama pelajar tahfiz dalam Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1445/2023M dan Majlis Doa Solidariti Palestin di Dewan Mawaddah Masjid Bandar Seri Alam, Pasir Gudang pada Sabtu
Hassan (tengah) bersama pelajar tahfiz dalam Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1445/2023M dan Majlis Doa Solidariti Palestin di Dewan Mawaddah Masjid Bandar Seri Alam, Pasir Gudang pada Sabtu
A
A
A

PASIR GUDANG - Sudah sampai masanya Malaysia mencadangkan untuk menghantar bantuan ketenteraan ke Palestin sebagai pasukan pengaman di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kata Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim.

Menurut beliau, cadangan itu perlu direalisasi di peringkat antarabangsa bersama negara Islam dan juga negara bukan Islam di Asia yang menyokong perjuangan kemerdekaan Palestin.

Malah perkembangan terkini katanya, dalam sidang khas negara-negara bersatu mengenai Palestin menyaksikan lebih 90 peratus menyokong perang yang berlanjutan antara Palestin dan Israel di Semenanjung Gaza ditamatkan dan mahu Israel membebaskan Palestin.

"Keadaan sekarang Israel terpinggir daripada sokongan dunia. Negara yang bersama Israel hanya Amerika Syarikat (AS), Kanada, Hungray dan kepulauan-kepulauan kecil milik AS.

"Jadi sudah sampai masanya Malaysia suarakan bantuan ketenteraan ke Palestin menerusi PBB," katanya kepada pemberita dalam Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1445/2023M dan Majlis Doa Solidariti Palestin di Dewan Mawaddah Masjid Bandar Seri Alam di sini pada Sabtu.

Hassan menyampaikan sijil dan piala kepada pemenang dalam Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1445/2023M dan Majlis Doa Solidariti Palestin di Dewan Mawaddah Masjid Bandar Seri Alam, Pasir Gudang pada Sabtu
Hassan menyampaikan sijil dan piala kepada pemenang dalam Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1445/2023M dan Majlis Doa Solidariti Palestin di Dewan Mawaddah Masjid Bandar Seri Alam, Pasir Gudang pada Sabtu

Serangan tentera Israel ke atas Semenanjung Gaza memasuki hari ke-43 pada Sabtu, dengan angka terkini menunjukkan lebih 12,000 rakyat Palestin terbunuh termasuk lebih 8,300 wanita dan kanak-kanak.

Selain itu, lebih 30,000 yang lain cedera dan sekatan Israel juga mengakibatkan bekalan bahan api, elektrik serta air terputus selain mengurangkan penghantaran bantuan ke wilayah itu.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, Hassan berkata, walaupun AS menyokong Israel tetapi rakyat negara tersebut tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan mereka.

Jelasnya, ini kerana rakyat AS mempunyai sentimen dan sifat kemanusiaan yang tinggi seperti yang mereka tunjukkan apabila kerajaan negara tersebut terlibat dalam perang di Vietnam satu ketika dahulu.

Sementara itu, beliau meminta Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin memperbetulkan masalah dalaman parti tersebut sebelum menuduh empat ahli Parlimen Bersatu menerima imbuhan apabila mereka menyokong DatuK Seri Anwar Ibrahim.

Hassan (kanan) menerima cenderamata dalam Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1445/2023M dan Majlis Doa Solidariti Palestin di Dewan Mawaddah Masjid Bandar Seri Alam, Pasir Gudang pada Sabtu
Hassan (kanan) menerima cenderamata dalam Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1445/2023M dan Majlis Doa Solidariti Palestin di Dewan Mawaddah Masjid Bandar Seri Alam, Pasir Gudang pada Sabtu

Beliau berpendapat, empat ahli Parlimen berkenaan menyokong Perdana Menteri dengan jujur dan itu merupakan hak mereka yang perlu dihormati.

"Mereka bukan nak projek, bukan nak lesen atau kontrak, mereka cuma mahukan peruntukan di kawasan mereka. Kerajaan pula bagi (peruntukan kawasan) jangan tunggu beri sokongan macam ni baru nak bagi (ini) tak elok," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!