Banjir: APM bantu bawa ibu, bayi terima rawatan di klinik

Raihan Nasuha (kanan) bersama bayinya yang berusia empat hari dibawa ke Klinik Kesihatan Seri Langkap, Setiu untuk mendapatkan rawatan.
Raihan Nasuha (kanan) bersama bayinya yang berusia empat hari dibawa ke Klinik Kesihatan Seri Langkap, Setiu untuk mendapatkan rawatan.
A
A
A

SETIU - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) membantu membawa seorang bayi perempuan yang menghidap penyakit demam kuning atau jaundis yang terperangkap di Kampung Kasar di sini untuk mendapatkan rawatan.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Setiu, Kapten (PA) Mohd Nizu Husien berkata, bantuan itu diberikan sebaik menerima panggilan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) jam 10 pagi pada Rabu.

Katanya, bayi berusia empat hari bersama ibunya, Raihan Nasuha Sadi, 24, perlu dibawa ke Klinik Kesihatan Seri Langkap, namun laluan dari rumah mereka ke klinik berkenaan terputus kerana ditenggelami air.

"APM menggunakan pacuan empat roda untuk mengeluarkan kedua-dua mangsa dan mereka dibawa ke klinik itu dengan ambulans yang telah bersiap sedia menunggu di seberang jalan.

Anggota APM meredah laluan dinaiki air untuk membawa seorang bayi berusia empat hari yang menghidap demam kuning untuk menerima rawatan.
Anggota APM meredah laluan dinaiki air untuk membawa seorang bayi berusia empat hari yang menghidap demam kuning untuk menerima rawatan.

"Selepas selesai mendapatkan rawatan, kedua-dua ibu dan anak itu di hantar pulang ke rumah mereka dengan selamat," katanya ketika dihubungi di sini pada Rabu.

Dalam pada itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai masalah kesihatan namun berdepan bencana banjir untuk berpindah ke lokasi selamat.

"Mereka yang perlu mendapatkan rawatan berkala di klinik atau hospital, namun tinggal di kawasan berisiko banjir dinasihatkan segera berpindah ke kawasan selamat.

Artikel Berkaitan:

Anggota APM membawa bayi berusia empat hari bersama ibunya menaiki ambulans untuk menerima rawatan.
Anggota APM membawa bayi berusia empat hari bersama ibunya menaiki ambulans untuk menerima rawatan.

"Ia bagi mengelak berlaku keadaan sukar untuk menyelamat dan membawa mereka keluar.

"Jadi kita minta mereka berpindah ke rumah saudara mara atau tempat selamat bagi memudahkan mereka untuk mendapatkan rawatan," katanya.