Pergiat usaha lahirkan generasi benci rasuah

Dr Mohamad Riza (belakang, kanan) bergambar bersama pemenang, guru dan pelajar yang menjayakan Majlis Penyampaian Hadiah Bicara Cilik Rasuah Busters Peringkat Kebangsaan 2023 kategori sekolah rendah di SK Tanah Puteh, Pekan pada Rabu.

A
A
A

KUANTAN - Sinergi Rasuah Busters bersama institusi pendidikan khususnya sekolah wajar diteruskan dan dikembang lagi dengan pelbagai pendekatan sebagai salah satu usaha awal ke arah melahirkan generasi benci rasuah.

Timbalan Pengerusi Rasuah Busters Pahang, Wan Emril Nizam Wan Embong berkata, ia kerana kefahaman asas terhadap gejala dan bahaya rasuah itu perlu didedah sejak dari bangku sekolah lagi.

Menurutnya, golongan pelajar juga patut dididik dan diberikan kefahaman tentang rasuah melalui pelbagai aktiviti dan program secara berterusan.

Wan Emril Nizam (dua dari kiri) diiringi Noorisah (tengah) menyampaikan hadiah kepada Nur Juita Batrisyia (dua dari kanan) yang terpilih antara pembentang terbaik Bicara Cilik Rasuah Busters Peringkat Kebangsaan 2023 kategori sekolah menengah dalam majlis penyampaian hadiah di SMK Seri Panching di Kuantan pada Rabu.

"Mereka perlu didedahkan terhadap senario gejala dan unsur-unsur yang boleh membawa kepada berlakunya rasuah.

"Ini kerana sesetengah tindakan atau perbuatan yang menjurus kepada rasuah dinormalisasikan dalam kehidupan seharian masyarakat disebabkan kurang kesedaran dan kefahamanan tentang isu itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah Bicara Cilik Rasuah Busters Peringkat Kebangsaan 2023 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Panching di sini pada Rabu.

Turut hadir Pengetua SMK Seri Panching, Datin Noorisah Muhammad.

Artikel Berkaitan:

Dr Mohamad Riza (kanan) diiringi Izzan Haslinda menyampaikan menyampaikan hadiah kepada Ahmad Muaz yang terpilih antara pembentang terbaik Bicara Cilik Rasuah Busters Peringkat Kebangsaan 2023 kategori sekolah rendah dalam majlis penyampaian hadiah di SK Tanah Puteh, Pekan pada Rabu.

SMK Seri Panching terpilih antara pembentang terbaik kategori sekolah menengah dalam pertandingan itu melalui pelajarnya, Nur Juita Batrisyia Mohd Faisal, 15.

Wan Emril berkata, inisiatif yang dilaksanakan Rasuah Busters perlu diteruskan mungkin melalui pertandingan mesra media sosial seperti video kreatif di TikTok dan sebagainya bagi menarik minat dan penyertaan lebih ramai pelajar pada masa akan datang.

Sementara itu, Noorisah mengakui berbangga apabila pelajarnya terpilih sebagai antara pembentang terbaik Bicara Cilik Rasuah Busters Peringkat Kebangsaan 2023.

Menurutnya, pencapaian membanggakan di peringkat kebangsaan itu membuktikan kemenjadian pelajarnya seiring Gagasan Anak Yang Baik lagi Cerdik (ABC) yang dihasratkan Kementerian Pendidikan (KPM).

"Ia juga membuktikan pelajar sekolah ini berpengentahuan tentang isu semasa termasuk berkaitan rasuah.

"Tahniah kepada pihak Rasuah Busters atas usaha membawa kempen sebegini ke sekolah-sekolah sekali gus membantu mendedahkan bahaya rasuah kepada para pelajar," katanya.

Wan Emril Nizam (tujuh dari kanan) dan Noorisah (enam dari kanan) bergambar bersama pemenang, guru-guru dan pelajar.
Wan Emril Nizam (tujuh dari kanan) dan Noorisah (enam dari kanan) bergambar bersama pemenang, guru-guru dan pelajar.

Dalam majlis berasingan, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tanah Puteh, Pekan, Ahmad Muaz Azurahisham turut diraikan apabila dinobatkan antara pembentang terbaik Bicara Cilik Rasuah Busters Peringkat Kebangsaan 2023 peringkat sekolah rendah.

Hadiah kepada pemenang disampaikan Pengerusi Rasuah Busters Pahang, Ir Dr Mohamad Riza Othman.

Mohamad Riza ketika ditemui berkata, pendedahan kepada rasuah perlu bermula di rumah dan dikukuhkan lagi di sekolah.

Menurutnya, ibu bapa dan guru perlu memainkan peranan dan sokongan dalam memberi kefahaman tentang isu itu kepada pelajar.

"Dedahkan dan tanamkan sikap benci rasuah kepada anak-anak secara santai di rumah dan di sekolah mungkin melalui permainan, pameran atau sebarang aktiviti sesuai dengan minat mereka kerana kaedah itu lebih efektif," katanya.

Bagi Guru Besar SK Tanah Puteh, Izzan Haslinda Mohamad Idahan, pihak sekolah berterima kasih kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atas kebenaran menyertai pertandingan itu.

"Tidak lupa kepada guru-guru yang sentiasa cari ruang dan peluang untuk kemenjadian murid termasuk melalui pertandingan ini.

"Inisiatif Rasuah Busters amat baik sebagai platform kepada pelajar untuk memahami isu ini selain silibus sedia ada tentang rasuah yang terkandung dalam mata pejaran sivik dan kewarganegaraan," katanya.