Enam beradik antara ditahan rogol budak 11 tahun

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

GERIK - Tujuh lelaki termasuk enam adik-beradik ditahan polis selepas disyaki terlibat kejadian rogol bergilir-gilir kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun di Kampung Pahat di sini.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood berkata, tangkapan terhadap suspek berusia 13 hingga 31 tahun dibuat selepas menerima laporan yang dibuat ibu mangsa sekitar jam 9.26 malam pada Isnin.

Menurut beliau, kejadian itu terbongkar apabila wanita berusia 36 tahun itu diberitahu suaminya bahawa mangsa telah dirogol.

"Kejadian itu telah disaksikan oleh adik mangsa yang berusia sembilan tahun. Saksi melihat tujuh rakan kepada abangnya telah merogol kakaknya di dalam bilik rumah jiran sebelah mangsa.

"Siasatan mendapati kejadian berlaku pada 3 November lalu sekitar jam 2 petang. Enam suspek merupakan adik-beradik dan seorang lagi rakan mereka," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Zulkifli berkata, saksi memaklumkan dia telah melihat kejadian sama berlaku kepada kakaknya beberapa kali sebelum ini.

Zulkifli
Zulkifli

"Siasatan lanjut mendapati mangsa tidak pernah bersekolah. Kesemua suspek telah ditahan sekitar jam 1.51 pagi pada Selasa. Hasil ujian saringan air kencing mendapati kesemua suspek didapati negatif.

Artikel Berkaitan:

"Kesemua suspek direman selama tujuh hari sehingga Isnin depan dan kes disiasat di bawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!