50 wartawan, petugas media terbunuh sejak 7 Oktober

Wartawan tempatan Hassouna Sleem dan Sary Mansour, yang terbunuh dalam serangan Israel ke atas sebuah rumah, di sebuah hospital di tengah Semenanjung Gaza. - Foto Reuters
Wartawan tempatan Hassouna Sleem dan Sary Mansour, yang terbunuh dalam serangan Israel ke atas sebuah rumah, di sebuah hospital di tengah Semenanjung Gaza. - Foto Reuters
A
A
A

MOSCOW - Jumlah wartawan dan petugas media yang terbunuh sejak peningkatan konflik di Asia Barat pada 7 Oktober lepas mencecah 50 orang manakala 11 cedera dan tiga lagi hilang.

Perkara itu didedahkan oleh Jawatankuasa Melindungi Wartawan, sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan pada Selasa, lapor Sputnik.

"Setakat 20 November, dalam #IsraelGazaWar, CPJ telah mendokumentasikan: - 50 wartawan maut... 11 cedera... 3 hilang... 18 ditahan," tulis jawatankuasa itu di X. - Bernama

Artikel Berkaitan: