Dapat 10,000 'like', US Pizza tukar nama 'KITA Pizza'

US Pizza umum bakal tukar nama jika hantaran di Facebook dapat 10,000 tanda suka.
US Pizza umum bakal tukar nama jika hantaran di Facebook dapat 10,000 tanda suka.
A
A
A

SHAH ALAM - US Pizza Malaysia mengumumkan bakal menukar nama kepada ‘KITA Pizza’ jika hantaran di laman sosial, Facebook mendapat 10,000 tanda suka.

Tindakan tersebut dibuat berikutan trend boikot yang dilakukan oleh rakyat Malaysia ke atas produk-produk yang menyokong rejim Zionis Israel.

“Korang (kalian) nak kita tukar nama?,” soalnya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu yang turut menyertakan bendera Amerika Syarikat (AS), Malaysia dan Palestin.

Dalam pada itu, US Pizza akan mendermakan RM1 bagi setiap resit termasuk pembelian ‘sweet and sour’ dan ia disalurkan kepada pertubuhan badan amal bantuan kemanusiaan Palestin.

Sebelum ini, jenama piza tempatan itu telah menjadi perhatian masyarakat untuk turut sama memboikot kerana disangka ia berasal dari AS kerana menggunakan perkataan US (United State).

Disebabkan isu berkenaan tular, Ketua Pegawai Eksekutif Wealth Link Freedom Sdn Bhd, Dr Mohd Sobree Ali menegaskan cawangan US Pizza di Taman Prima Saujana, Kajang, merupakan jenama tempatan dan milik orang Islam.

"Perkataan ‘US’ dalam US Pizza membawa maksud ‘kita’ dalam bahasa Melayu dan ia benar-benar sebuah syarikat tempatan yang diperbadankan.

"Bagi kedai US Pizza di Taman Prima Saujana, Kajang, Selangor, ia merupakan entiti perniagaan Muslim. Syarikat ini milik saya dan keluarga.

Artikel Berkaitan:

"Kami ingin mengalu-alukan kedatangan anda semua ke restoran kami dan menikmati makanan kami yang ditawarkan," katanya menerusi satu kenyataan baru-baru ini.