Bayi maut: Pengusaha, pengasuh taska akan dituduh esok

Laporan Sinar Harian.
Laporan Sinar Harian.
A
A
A

PETALING JAYA - Dua wanita termasuk pengusaha sebuah taska yang sebelum ini diberkas berkaitan kes kematian melibatkan seorang bayi perempuan akan dituduh di mahkamah pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, bayi perempuan berumur dua bulan itu maut dipercayai ketika berada di bawah jagaan pengasuh di sebuah taska di Seksyen 6, Kota Damansara, Petaling Jaya.

Beliau berkata, kedua-dua wanita terbabit terdiri daripada seorang pengusaha serta pengasuh di taska berkenaan.

"Seorang wanita iaitu majikan di taska berkenaan akan dituduh bawah Seksyen 5(1) Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak 2012, Peraturan 34(2) Taman Asuhan Kanak-Kanak 2012 dan Peraturan 14 Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak 2012.

"Selain itu, seorang pengasuh akan dituduh bawah Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Pada Oktober lalu, bayi perempuan berusia dua bulan itu maut dipercayai ketika berada di bawah jagaan pengasuh di sebuah taska di Seksyen 6, Kota Damansara, Petaling Jaya.

Difahamkan, kejadian itu menimpa Qaseh Aulia Faizul, pada hari kedua dia dihantar ke taska berkenaan.

Selain itu, taska berkenaan turut didapati tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Artikel Berkaitan: