Puluhan kedai di Uptown Kota Damansara terbakar

PETALING JAYA - Puluhan lot kedai di Uptown Kota Damansara, di sini musnah dalam kebakaran pada jam 8.30 malam ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 8.34 malam.
"Anggota bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh, Kota Anggerik, Damansara dan Petaling dikejarkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan kerja pemadaman.
"Kebakaran melibatkan lebih 20 khemah serta sebuah lot menempatkan pusat gimnasium," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.