Anwar, Zahid ucap tahniah sempena ulang tahun keputeraan Sultan Johor

Sultan Iskandar berkenan bertitah pada Majlis Istiadat Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Baginda Ke-65 di Dewan Singgahsana Istana Besar pada Rabu. - Foto Bernama
Sultan Iskandar berkenan bertitah pada Majlis Istiadat Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Baginda Ke-65 di Dewan Singgahsana Istana Besar pada Rabu. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah dan mengucapkan tahniah kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan baginda ke-65, pada Rabu.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar mendoakan semoga baginda serta seluruh Kerabat Diraja dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam catatan di Facebooknya turut merafak sembah ucapan tahniah kepada Sultan Ibrahim.

"Semoga Ke Bawah Duli Tuanku, Permaisuri Johor dan seluruh ahli keluarga sentiasa mendapat perlindungan dari Allah SWT, sihat wal’afiat dan dilimpahi rahmat serta nikmat kesejahteraan yang berpanjangan,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: