KPWKM sedia khidmat kaunseling pada keluarga murid disyaki didera

Nancy (tengah) pada sidang akhbar sempena Sambutan Hari Kanak-kanak Peringkat Kebangsaan 2023 di Johor Bahru pada Isnin.
Nancy (tengah) pada sidang akhbar sempena Sambutan Hari Kanak-kanak Peringkat Kebangsaan 2023 di Johor Bahru pada Isnin.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan memberikan khidmat kaunseling kepada keluarga murid berusia lapan tahun yang cedera disyaki dirotan guru dengan menggunakan batang paip polyvinyl chloride (PVC) di Sik Kedah.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, usaha itu diharap dapat meredakan trauma yang ditanggung keluarga murid terbabit terutama ibu mangsa susulan kejadian itu.

"Setakat ini kes masih dalam siasatan polis dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.

"Bagi keluarga terutama ibu murid tersebut, kita akan susuli dengan kaunseling oleh KPWKM melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Sambutan Hari Kanak-kanak Peringkat Kebangsaan 2023 pada Isnin.

Sebelum itu, Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Supritendan Abdull Razak Osman dilaporkan berkata, polis menahan seorang lelaki berusia 27 tahun yang dipercayai tenaga pengajar madrasah.

Jelasnya, tangkapan dilakukan tidak sampai 24 jam selepas laporan dibuat ibu mangsa pada jam 9.24 malam, 11 November lalu.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati suspek menggunakan sebatang paip pvc yang mengakibatkan mangsa mengalami lebam serta bengkak.

Artikel Berkaitan: