Scammer guna 'akaun keldai' syarikat perniagaan perdaya mangsa

Ramli. - Foto Sinar Harian / MOHD HALIM ABDUL WAHID
Ramli. - Foto Sinar Harian / MOHD HALIM ABDUL WAHID
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan sebanyak 86 syarikat dan 70 perniagaan didaftarkan sebagai akaun keldai untuk digunakan dalam aktiviti jenayah penipuan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pembukaan akaun bank atas nama syarikat menjadi pilihan sindiket penipuan kerana ia membolehkan transaksi kewangan dilakukan secara lebih kerap dan melibatkan amaun yang lebih besar.

“Sebagai langkah pencegahan, PDRM mencadangkan agar prosedur serta syarat pendaftaran syarikat dan perniagaan diperhalusi dan diperketatkan.

“Beberapa kriteria seperti tapisan rekod jenayah dan rekod kewangan wajar dipertimbangkan untuk dijadikan sebahagian prasyarat sebelum pendaftaran syarikat serta perniagaan diluluskan,” katanya ketika sidang akhbar di pejabat JSJK, Bukit Aman di sini pada Isnin.

Ramli berkata, perkara yang sama turut disarankan dalam pembukaan akaun bank di institusi kewangan.

“Semakan yang terperinci dan syarat yang lebih ketat perlu dikenakan sebelum pembukaan akaun bank milik syarikat atau perniagaan diluluskan.

Menurutnya, pihak kerajaan disarankan melihat cadangan 'Shared Responsibility Framework' yang diperkenalkan oleh kerajaan Singapura dalam usaha membendung kes ‘phishing scam’ di sana.

“Pihak institusi kewangan yang gagal melaksanakan peranan mereka dengan sewajarnya boleh dipertanggungjawabkan untuk membayar kerugian dialami oleh mangsa,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!