'Ada misi yang masih belum selesai' - Raja Affandi

Raja Mohamed Affandi
Raja Mohamed Affandi
A
A
A

KEMAMAN- Calon Barisan Nasional (BN), Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor menyatakan kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman amat penting untuknya kerana ada misi yang masih belum diselesaikan.

Bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu menjelaskan, banyak agenda dan program yang dipeloporinya semasa dalam perkhidmatan tidak diteruskan selepas persaraannya.

"Ada unfinished business (misi belum selesai) yang perlu diteruskan demi kebajikan golongan tentera.

"Sebab itu, Tuhan gerakkan hati untuk teruskan apa yang telah saya tinggalkan selama ini.

"Saya harap diberikan mandat dan kesihatan untuk meneruskan mana yang terhenti. Mungkin daripada situ juga, ada perkara baharu yang boleh dibuat." katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa program Sembang Santai Bersama Veteran ATM di Kelab Golf dan Rekreasi Petronas, Kertih pada Isnin.

Raja Mohamed Affandi (kiri) beramah mesra dengan salah seorang veteran tentera semasa program Sembang Santai Bersama Veteran ATM di Kelab Golf dan Rekreasi Petronas, Kertih pada Isnin.
Raja Mohamed Affandi (kiri) beramah mesra dengan salah seorang veteran tentera semasa program Sembang Santai Bersama Veteran ATM di Kelab Golf dan Rekreasi Petronas, Kertih pada Isnin.

Raja Mohamed Affandi berkata, isu tanah dan pencen adalah antara yang diperjuangkan veteran sekarang ini.

Artikel Berkaitan:

"Saya pernah berada dalam situasi mereka dan menjiwai semua itu, ia satu kelebihan untuk membantu mereka," katanya.

Memasuki hari ketiga kempen, Raja Mohamed Affandi menyatakan rasa terharu terhadap penerimaan penduduk Kemaman terhadapnya.

"Penghargaan saya berikan kepada Datuk Seri Ahmad Said (Pengarah PRK Kemaman) yang banyak membantu urusan kempen.

Raja Mohamed Affandi bersama bekas pegawai kanan tentera semasa program Sembang Santai Bersama Veteran ATM di Kelab Golf dan Rekreasi Petronas, Kertih pada Isnin.
Raja Mohamed Affandi bersama bekas pegawai kanan tentera semasa program Sembang Santai Bersama Veteran ATM di Kelab Golf dan Rekreasi Petronas, Kertih pada Isnin.

"Bila turun ke lapangan, mereka menerima saya dengan baik. Jentera kempen juga memberikan kerjasama termasuk parti komponen Pakatan Harapan," jelasnya.

Bekas Panglima ATM ke-19 itu bersara pada 2018 selepas menabur khidmat bakti kepada negara selama 42 tahun.

PRK Parlimen Kemaman pada 2 Disember ini akan menyaksikan saingan dua penjuru antara Raja Mohamed Affandi dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dari Pas.