13,000 rakyat Palestin terkorban, 30,000 cedera sejak 7 Oktober

Jamil Al-Agha dan isterinya menangisi kematian salah seorang daripada dua anak pasangan itu yang terbunuh dalam pengeboman Israel, di Khan Yunis pada Ahad, di tengah-tengah pertempuran berterusan antara Israel dan pejuang Hamas. - Foto AFP

A
A
A

GAZA - Sekurang-kurangnya 13,000 rakyat Palestin terkorban sementara 30,000 mangsa lain pula dilaporkan cedera susulan Zionis Israel melancarkan serangan ke atas Gaza.

Daripada jumlah berkenaan, 5,500 kematian melibatkan kanak-kanak dan 3,500 mangsa pula merupakan wanita, kata kerajaan yang mentadbir Gaza.

Israel pula mendakwa seramai 1,200 rakyatnya meninggal dunia sejak pasukan pejuang Hamas menyerangnya pada Oktober lalu.

Kementerian Kesihatan Gaza merupakan sumber rasmi berhubung jumlah kematian dan kecederaan rakyat Palestin dalam perang antara Israel dan Hamas itu. - Agensi

Artikel Berkaitan: