Langkah kutip cukai ekonomi bayangan antara tumpuan Dewan Rakyat

Dewan Rakyat - Foto Bernama
Dewan Rakyat - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Langkah kerajaan bagi mengutip cukai daripada ekonomi bayangan yang dianggarkan menyumbang sekitar 30 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara perkara yang dijangka menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut aturan urusan mesyuarat di laman sesawang Parlimen, pertanyaan itu dikemukakan Datuk Ahmad Amzad Mohamed@Hashim (PN-Kuala Terengganu) kepada Menteri Kewangan pada sesi soal jawab.

Selain itu, Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) meminta Menteri Kewangan menyatakan jumlah Ringgit Malaysia telah dilabur oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) di dalam serta luar negara.

Puah juga ingin tahu sama ada keseluruhan pelaburan berkenaan selaras dengan aspirasi kerajaan untuk menguatkan pasaran ekuiti Malaysia.

Sementara itu, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) pula meminta Menteri Kesihatan menyatakan status pengoperasian, sasaran utama dan pencapaian terkini Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan sejak ia dilancarkan pada Oktober tahun lepas.

Usai sesi soal jawab, sidang Dewan Rakyat diteruskan dengan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 (Belanjawan 2024) di peringkat jawatankuasa bagi kementerian berkaitan.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 32 hari bermula 9 Oktober lepas hingga 30 November ini.

Artikel Berkaitan: