Pesawat terhempas selepas berlanggar di udara

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

SYDNEY - Dua pesawat yang pernah digunakan tentera berlanggar di udara semasa latihan penerbangan pada Ahad di Semenanjung Mornington di tenggara Australia, menyebabkan satu daripada pesawat itu terjunam ke laut, lapor Xinhua memetik media tempatan.

Pesawat itu terhempas di laut di Port Phillip kira-kira 12 kilometer (km) dari pantai Mount Martha manakala satu lagi pesawat selamat mendarat di Essendon.

Nahas itu berlaku pada 1.45 tengah hari waktu tempatan (0245 GMT), lapor The Herald Sun.

Misi mencari dan menyelamat masih dijalankan di perairan di Mount Martha yang terletak kira-kira 50 km tenggara Melbourne.

Pihak berkuasa maritim Australia (AMSA) mengesahkan setiap pesawat ringan Viper S-211 Marchetti itu dinaiki dua orang. - Bernama/Xinhua

Artikel Berkaitan: