Program IPT perlu penuhi kehendak industri - Permaisuri Selangor

Titah disampaikan Tengku Permaisuri Norashikin ketika berangkat ke Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-98 di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM Shah Alam pada Sabtu. - Foto Selangor Royale Office

A
A
A

SHAH ALAM - Semua institut pengajian tinggi (IPT) perlu menyediakan program yang dapat membentuk pembangunan bakat dan sahsiah graduan secara langsung dengan dunia sebenar.

Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin, yang juga Pro Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) bertitah, universiti perlu memberi 'kepercayaan' kepada pelajar untuk memanfaatkan kemahiran dan pengetahuan mereka kepada komuniti.

Tegas baginda, perlu diakui bahawa pembangunan bakat merupakan elemen penting dalam membantu meningkatkan ekonomi negara.

“Oleh itu juga baginda mahu agar sistem pendidikan negara mempunyai keupayaan menghasilkan modal insan berkualiti serta berkemahiran tinggi bagi memenuhi kehendak industri,” demikian menurut kenyataan Facebook Selangor Royale Office.

Tengku Permaisuri Selangor turut berkenan menganugerahkan ijazah Doktor Falsafah pelbagai bidang dan sarjana kepakaran perubatan kepada 125 graduan. -Foto Selangor Royale Office
Tengku Permaisuri Selangor turut berkenan menganugerahkan ijazah Doktor Falsafah pelbagai bidang dan sarjana kepakaran perubatan kepada 125 graduan. -Foto Selangor Royale Office

Titah itu disampaikan Tengku Permaisuri Norashikin ketika berangkat ke Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-98 di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM Shah Alam pada Sabtu.

Menurut Selangor Royal Office, baginda juga berbesar hati dengan inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi memperkenalkan Pembelajaran Perkhidmatan Malaysia-Universiti untuk Masyarakat (SULAM) bagi mengembangkan idea pelajar kepada komuniti.

Dalam majlis berkenaan, Tengku Permaisuri Selangor yang merupakan Pro-Canselor UiTM berkenan menganugerahkan ijazah Doktor Falsafah pelbagai bidang dan sarjana kepakaran perubatan kepada 125 graduan.

Artikel Berkaitan: