Ahli Parlimen simpati nasib dua beradik

Sabri ketika menziarahi keluarga mangsa di Kampung Kuala Sungai Yan
Sabri ketika menziarahi keluarga mangsa di Kampung Kuala Sungai Yan
A
A
A

YAN - Insiden kematian dua beradik yang disembelih oleh seorang lelaki dipercayai penagih dadah mendapat simpati daripada Ahli Parlimen Jerai, Sabri Azit.

Menurut Sabri, beliau mendapat maklumat berkaitan kejadian berkenaan pada 12 tengah malam sebelum bergegas ke rumah mangsa yang terletak di Kampung Kuala Sungai Yan.

"Kita mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan berharap mereka semua tabah menghadapi ujian ALLAH," katanya ketika dihubungi.

Sabri berharap pihak polis dapat mengambil tindakan yang wajar ke atas pelaku.

"Perbuatan ini sangat kejam dan perlu dikenakan hukuman yang setimpal kepada agar ia tidak berulang," katanya.

Artikel Berkaitan: