[VIDEO] Stesen minyak tertua di Kuala Pilah kekal beroperasi

A
A
A

KUALA PILAH - Meskipun didakwa sudah berusia 100 tahun, namun sebuah stesen minyak di Jalan Besar Pekan Johol dekat sini masih kekal utuh berdiri memberi khidmat kepada penduduk setempat.

Bangunannya yang kelihatan hanya sebesar sebuah bilik juga difahamkan adalah struktur sedia ada sekali gus dilihat mempunyai nilai sejarahnya tersendiri.

Stesen minyak berkenaan yang dibuka setiap hari bermula jam 7.30 pagi sehingga 7 petang itu pernah diarahkan tutup sebelum ini, namun mengambil kira permintaan orang ramai, ia terus dibenarkan beroperasi.