Wanita maut terperosok bawah treler

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas motosikal ditunggang terlibat kemalangan dengan treler. - Foto ihsan bomba
Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas motosikal ditunggang terlibat kemalangan dengan treler. - Foto ihsan bomba
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang wanita maut apabila motosikal ditunggangnya terlibat kemalangan dengan sebuah lori treler berhampiran JCYHDD, Simpang 3, Kawasan Perindustrian Tebrau, pada Sabtu.

Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Aziddy Che Jaafa, dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, sembilan anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan jentera Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS) ke lokasi selepas menerima panggilan jam 11.20 pagi.

Katanya, kemalangan melibatkan lori treler dan motosikal Honda RS150.

“Seorang mangsa wanita berusia 23 tahun terperosok di bawah lori terbabit dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang berada di lokasi.

“Mayat mangsa kemudiannya dikeluarkan menggunakan peralatan khas dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Operasi ditamatkan jam 12.10 tengah hari.

Artikel Berkaitan: